Q Centre bangun asrama pekerja terbesar di Klang

Mar 27, 2026 | News Update

Amirudin (tengah) merasmikan majlis pecah tanah Q Centre @ Teratai di Klang, hari ini - Foto ihsan Kumpulan Q Centre
Amirudin (tengah) merasmikan majlis pecah tanah Q Centre @ Teratai di Klang, hari ini - Foto ihsan Kumpulan Q Centre

KLANG: Kumpulan Q Centre, peneraju penyedia penempatan pekerja yang berkualiti tinggi dan patuh piawaian di Malaysia hari ini melakar detik penting melalui majlis pecah tanah Q Centre @ Teratai, dengan pembangunan Penginapan Pekerja Berpusat (CLQ) terbaharu serta Penginapan Pekerja Dibina Khas (PBWA) di Meru, Klang.

Majlis dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Ia merupakan salah satu detik penting dalam misi Q Centre untuk meningkatkan taraf kehidupan tenaga kerja di Malaysia melalui penyelesaian penempatan berasaskan kelestarian, terurus dan berteknologi.

Pengarah Urusan Bersama Kumpulan Q Centre, Datuk Simon David Leong, berkata Q Centre @ Teratai mendukung komitmen syarikat untuk meningkatkan taraf penempatan pekerja di Malaysia.

ADVERTISEMENT

"Ia bukan sahaja sekadar bangunan penempata, malah akan mewujudkan suasana kehidupan yang mampan, selamat dan berasaskan teknologi yang akan meningkatkan kesejahteraan pekerja sekali gus menyokong produkiviti industri.

"Kami berhasrat untuk menjadikan Selangor sebagai model negara bagi penempatan pekerja yang patuh tadbir urus, sosial dan alam sekitar (ESG)," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menambah, Q Centre @ Teratai, direka bagi menempatkan sehingga 9,000 katil, menjadi yang terbesar pernah dirancang di Klang.

"Kerja-kerja pembinaan — termasuk kerja-kerja tanah dan cerucuk — dijadualkan untuk bermula pada Januari 2026 dan dijangka akan selesai pada Disember 2027," katanya.

Baru-baru ini, Kumpulan Q Centre mengumumkan projek mercu tanda iaitu Kuarters Pekerja Berpusat (CLQ) Pintar Berasaskan AI dengan kapasiti 8,000 katil di Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) — CLQ pintar pertama Malaysia yang menggabungkan AI dalam pengurusan bangunan, mengoptimumkan tenaga dan sistem pengawasan digital.

Pada masa hadapan, semua pembangunan Q Centre akan mempunyai keupayaan teknologi kepintaran AI, sistem pengurusan teknologi, rekaan diiktiraf GreenRE, integrasi panel solar dan sistem tuaian hujan bagi memastikan ia sejajar dengan komitmen untuk ESG dan pengurangan karbon.

Pengarah Urusan Bersama Kumpulan Q Centre, Datuk Wira Joey Yan, pula berkata syarikat bercadang untuk menjalankan tugas dalam mengurangkan kesan karbon di Klang dan membina lebih banyak CLQ bagi menyokong perkembangan industri di Selangor,

"Pembangunan kami direka bagi mematuhi piawaian ESG negara dan antarabangsa, agar pengeluar dan pengeksport di Selangor dapat memenuhi keperluan kelestarian global," katanya.

Source from Berita Harian : Click here to view original article